KALAM HIDUP


"KUDUSKANLAH DIRIMU, SEBAB BESOK TUHAN AKAN MELAKUKAN PERBUATAN YANG AJAIB ANTARA KAMU" Yosua 3:5

FEBRUARI 2000......KEBANGKITAN TERJADI AKIBAT PROSES 'TRANSFER' PENGARUH ROHANI
“ Sebab Ezra telah bertekad untuk meneliti Taurat TUHAN dan melakukannya serta mengajar ketetapan dan peraturan di antara orang Israel” Ezra 7:10

“Lalu Ezra memuji TUHAN, Allah yang Maha Besar, dan semua orang menyambut dengan : “Amin, amin!”, sambil mengangkat tangan. Kemudian mereka berlutut dan sujud menyembah kepada TUHAN dengan muka sampai ke tanah.” Nehemiah 8:7

Tujuan utama kebangkitan rohani bukanlah hanya untuk menjangkau jumlah orang yang banyak. Kebangkitan itu berlaku bila banyak orang digerakkan untuk taat dan haus seterusnya untuk Tuhan. Sewaktu orang bertanya-tanya, “Bagaimanakah kami dapat mencari Tuhan dan menyenangkan hatiNya?”, saat itulah dikatakan kebangkitan dimulakan.

EZRA: BAPA KEBANGKITAN ROHANI

Didalam pergerakan kebangkitan, sering diperhatikan bahawa Tuhan mengangkat tokoh-tokoh untuk dipakai dalam memperkembangkannya. Nama-nama seperti John Wesley, George Whitefield dan Evan Roberts sering dicanangkan sebagai pelopor kebangkitan. Tetapi tokoh pertama yang disebut dalam Alkitab sebagai pencetus kebangkitan ialah Ezra.

Zaman Ezra ialah waktu dimana orang Israel baru dikembalikan ke Yerusalem daripada pembuangan di Babel. Mereka sudah lama dipisahkan dari amalan kerohanian, apa lagi mendengar Firman Tuhan. Dengan pergaulan dan kahwin campur sewaktu di perantauan, fikiran mereka kosong akan Tuhan. Tiada kerinduan. Tiada keinginan. Tiada juga perasaan anti-Tuhan. Hanya kekosongan rohani. Mendekatkan diri kepada Tuhan tinggal sekadar ingatan waktu lampau. Kerohanian adalah sesuatu yang terlalu asing bagi mereka. Inilah kondisi yang membutuhkan kebangkitan.

PENGARUH UMUM TIDAK DAPAT MELEBIHI KEHIDUPAN PERIBADI KITA

Untuk memulihkan keadaan ini, harus ada seseorang yang membayar harga semahal apapun untuk menjadi dian bagi orang lain, untuk menerangi jalan dan menyebarkan api yang bisa dibawa oleh setiap orang. Nah, inilah peranan yang diambil oleh Ezra. Dia mengerti bahawa manusia dipengaruhi dan digerakkan oleh seseorang yang lain. Kemampuan kita melakukan sesuatu meyakinkan orang lain bahawa mereka juga bisa melakukannya.

Lalu, Ezra mula merenenung dan mendalami Alkitab bukan hanya untuk informasi tetapi untuk melakukannya. Bila Ezra mula taat melakukan Firman Tuhan secara peribadi dan kemudian mengajar Firman Tuhan secara umum, Roh Kudus mengurapi kehidupannya. Kehidupan Ezra memancarkan sinaran terang kepada yang mendengarnya sehingga mereka juga dikuasai oleh ketaatan yang sama. Maka terjadilah proses kebangkitan.


PENGARUH UMUM TIDAK DAPAT MELEBIHI KEHIDUPAN PERIBADI KITA

Kebangkitan bermula dengan peribadi dan kemudian di’transfer’ kepada yang lain. Kepada kita yang ingin dipakai untuk kebangkitan, kita harus memilih antara yang baik dengan yang lebih baik: Mahu Roh Kudus mengurapi karunia kita atau, selangkah lagi, mengurapi seluruh hidup kita. Pilihan kita bakal menentukan dampak pada kelompok yang akan kita pengaruhi.
ARKIP
bnword.tripod.com - Februari 2000
Copyright @2000 Benaiah Naresh Word Outreach
powered by lycos
SEARCH: Tripod The Web