"Dan umatKu, yang atasnya NamaKu disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajahKu, lalu berbalik dari jalan-jalannya yang jahat, maka Aku akan mendengarkan dari sorga dan mengampuni dosa mereka serta memulihkan negeri mereka." (2 Tawarikh 7:14)
Pada waktu kita melihat pergoncangan yang dahsyat sedang berlaku disekeliling, kita sebagai umat Tuhan tidak harus heran. Firman Tuhan sudah terlebih dulu mengingatkan bahawa "pergoncangan segala yang dapat digoncangkan" (Ib 12:26-28) harus terjadi sebagai proses pemurnian dan penampian. Ia juga adalah tanda bahawa rencana Tuhan di bumi dan bangsa kita makin dipercepatkan.
Inilah tiupan sangkakala untuk berkabung dan meratapi dosa bangsa kita. Percayalah bahawa jalan keluar bagi bangsa kita hanya satu - lewat berkat rohani. Barulah tindakan politik atau eknomi akan efektif.
BELAJARLAH DARI KOTA NINEVEH, YOSAFAT
Sewaktu kota Nineveh ditegor oleh nabi Yunus (Yunus 3), penduduknya bertobat dengan berpuasa. Dan sewaktu Raja Yosafat dihadapi masalah negara yang besar, dia mengeluarkan perintah untuk doa puasa. Saudara, bukanlah satu kebetulan bahawa doa puasa adalah tuntutan asas untuk pemulihan dan kebangkitan nasional. Lihat sahaja bagaimana Daniel (Dan 9) berdoa puasa untuk bangsanya dan tidak lama selepas itu bangsanya bebas pulang untuk membangunkan kembali kota dan negara mereka.
Ada beberapa sebab kenapa doa puasa itu penting bagi pemulihan bangsa:
- Memberikan masa untuk kita menyelami dan menguji perbuatan dan perkembangan negara kita sebelum ini
- Menyadarkan kita mengenai kesalahan dan dosa bangsa
- Membongkar sebab-sebab yang mengakibatkan krisis yang sudah terjadi
- Menyatukan iman kita dengan nasib seluruh bangsa
- Menginsafkan kita tentang tanggungjawab dan bagian kita dalam apa yang sudah melanda bangsa
- Membulatkan niat peribadi untuk berubah dan mengubahkan keadaan zahir
MAUKAH ANDA MENJADI JEREMIAH LAMPHIER BANGSAMU?
Pada tahun 1850an, ada seorang usahawan di New York bernama Jeremiah Lamphier. Beliau sangat tergerak melihat keadaan rohani yang sejuk bangsanya lalu dia mula menghimbau kenalan serta sesiapa sahaja untuk mengorbankan waktu makan siang untuk berdoa puasa. Dari doa beginilah lahir kebangkitan rohani besar di Amerika Serikat yang menonjolkan beberapa penginjil hebat seperti Charles Finney dan kemudiannya DL Moody.
Inilah saat dan waktuNya Tuhan beracara dengan hebat. Doa puasa kita akan memastikan yang terjadi bukan sahaja pergoncangan tetapi kebangkitan rohani besar.
|